Saturday, January 30, 2010

Kenapa jadi begini?

SUKAR bagi seorang lelaki menitiskan air mata kerana nilainya terlalu tinggi buat mereka. Namun pada pagi Isnin lalu, wakil media di Hotel Palace Of The Golden Horses di Seri Kembangan, dapat menyaksikan deraian air mata lelaki Fahrin Ahmad.

Entah kenapa dia perlu menangis. Tercabar benar rasanya kejantanan Fahrin. Mungkin sudah terlalu lama dia membendung amarah terhadap wanita yang pernah dicintai bernama Linda Onn tetapi kesabaran itu tidak mampu lagi dikawal hingga terpaksa membuat keputusan berat menyaman wanita itu.

Sejak hubungan 'teman tapi mesra' bersama wanita itu putus di tengah jalan lebih setahun setengah yang lalu, Linda masih memperkatakan mengenai keburukan Fahrin, antaranya kaki pukul, panas baran, tidak tahu menghormati orang lain terutamanya wanita. Dakwa Linda lagi, pantang keegoan Fahrin dicuit, lekas saja dia naik tangan.

Bagi Fahrin pula, dia tidak menyangka pengakhiran episod cinta mereka tamat dalam keadaan begini hingga ahli keluarga yang tiada kena mengena diseret sama. Hatinya bertambah bengkak apabila ibu yang sedang terlantar sakit di hospital didatangi orang-orang yang mahukan kepastian benarkah sikap anak bujangnya sebegitu.

“Apa perasaan awak apabila keluar berjumpa orang, mereka seolah-olah mempunyai satu persepsi terhadap anda. Saya kaki pukul, saya panas baran. Saya tidak macam itu (menangis) ... Apa pula perasaan awak apabila adik beradik hingga emak yang sedang sakit turut disoal, mak cik betul ke anak mak cik kaki pukul?

“Apabila nama saya dikaitkan dengan kisah sebegini, tentu pihak yang melantik saya sebagai duta juga ragu-ragu dengan saya. Mereka mesti akan tertanya-tanya apakah duta yang diambil berperangai begini.

“Saya sedih kerana saya bukan macam itu. Pada peringkat awal, perkara ini terlalu remeh. Saya kesal kerana kisah percintaan tidak seharusnya berakhir begini.

"Sebelum ini saya berdiam diri, bukan bermakna saya salah, saya kalah. Bagi saya, saya tidak perlu bertindak tegas (seperti menyamannya) kerana ia hanya akan membuang masa saja. Bagaimanapun mereka mengambil kesempatan di atas sikap berdiam diri saya hingga saya terpaksa mengambil tindakan supaya imej serta nama baik saya tidak terus diburukkan," katanya yang diwakili Peguam Syarie, Tengku Naufal Tengku Mansor dari Tengku Naufal & Co.

Keputusan untuk mengambil tindakan terhadap wanita yang pernah dicintai satu ketika dulu bukan diambil dalam jangka masa singkat. Berbulan-bulan jejaka berasal dari Johor ini memikirkan akibatnya serta mengumpul bukti.

Namun apabila reputasi, nama baik serta integriti semakin terjejas, lebih-lebih lagi dalam kenyataan yang dibuat Linda menerusi akhbar Sinar Harian bertarikh 19 Januari diikuti dalam akhbar bahasa Inggeris, The Star menyusul keesokannya umpama mencurahkan lagi minyak ke dalam api.

Bukan sekadar kerjaya, Fahrin juga bimbang tohmahan tidak benar itu akan mempengaruhi persahabatannya dengan wanita lain selepas ini.

"Jika ada orang yang nak bermenantukan saya, mereka akan berfikir dulu untuk menerima saya kerana label kaki pukul yang diberikan.

"Sebenarnya saya berat hati nak buat semua ini tapi saya dah banyak bersabar. Saya sudah beri isyarat tetapi mereka berterusan mengata saya. Saya rasa ini saja jalan untuk menunjukkan ketegasan saya, apa yang mereka nyatakan selama ini amat kukuh untuk diambil tindakan.

"Kenapalah episod cinta saya berakhir begini? Saya sentiasa ambil yang baik-baik dari mereka, bagi saya kalau tidak ada jodoh tak apalah. Saya sikit pun tidak pernah memburukkan mereka kerana saya tahu sebagai selebriti, khabar angin atau tidak peminat akan berkata. Apabila saya dan Scha putus, orang akan kata sayalah punca kepada masalah ini kerana dua kali percintaan saya gagal. Lebih-lebih lagi selama ini saya banyak berdiam diri. Saya kecewa yang teramat dengan mereka, sampai hati mereka buat begini kepada saya. Tak mengapalah saya serahkan kepada qada dan qadar Allah," katanya.

Bbagaimanapun, tindakan undang-undang ke atas Linda boleh ditarik sekiranya wanita berkenaan membuat permohonan maaf dalam tempoh tujuh hari yang berakhir Jumaat ini. Jika Linda tidak tampil memohon maaf, writ saman akan dikeluarkan ke atasnya.

Fahrin memohon empat tuntutan ke atas wanita itu iaitu Linda perlu membuat permohonan maaf secara terbuka, penarikan daripada siaran, aku janji daripada Linda supaya tidak terus membuat tohmahan dan menuntut ganti rugi.


source: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Hip/20100127064117/Article/

Friday, January 29, 2010

Diperkosa 20 kali

KUALA LUMPUR: Dia dirogol hampir 20 kali oleh teman lelaki kakak angkatnya sebaik melarikan diri dari rumah.

Sepanjang tempoh itu, dia dijadikan tempat pemuas nafsu lelaki yang berusia lewat 20-an yang bagaikan mendapat kerelaan daripada kakak angkat mangsa sendiri. Malah, setiap kali mangsa dinodai lelaki durjana itu, wanita berkenaan yang juga kekasihnya turut berada di lokasi sama. Itulah nasib malang terpaksa dilalui seorang remaja berusia 14 tahun akibat melarikan diri dari rumahnya selepas diperangkap pasangan kekasih itu. Semuanya bermula kira-kira enam bulan lalu, apabila remaja terbabit yang tinggal di Tapah, Perak melarikan diri ke ibu kota selepas diperdaya pasangan kekasih itu. Difahamkan, pasangan kekasih itu hanya mengambil masa sebulan untuk memerangkap remaja mentah terbabit mengikut mereka dengan mengumpan kebebasan hidup di ibu kota. Sumber berkata, sejak melarikan diri, mangsa tinggal bersama pasangan itu di sebuah rumah kedai di Ampang. “Selepas beberapa hari mendiami rumah berkenaan, lelaki terbabit mula menunjukkan belang dengan merogol mangsa. “Lebih menghairankan apabila kakak angkat yang juga kekasih lelaki terbabit bagaikan merelakan perbuatan itu. “Malah, wanita berkenaan mampu tersenyum setiap kali menyaksikan kekasihnya itu merogol mangsa,” katanya. Akibat tidak tahan dengan perbuatan keji itu, mangsa menghubungi ahli keluarganya sebelum dijemput pulang ke kampung halaman. Namun, belum sempat sebulan remaja itu tinggal di rumahnya, pasangan kekasih itu datang sebelum melarikan mangsa ke ibu kota. Sumber berkata, sebaik ke ibu kota, pasangan itu ‘menyembunyikan’ mangsa di sebuah rumah di kawasan Puchong di sini, bagi mengelak ahli keluarga mangsa datang menjemputnya semula. “Mangsa diperlakukan seperti sebelumnya.

Dia terus dinodai berulang kali oleh lelaki terbabit,” katanya. Akibat tidak tahan dengan perbuatan itu, mangsa menghubungi pihak berkuasa sebelum melaporkan kejadian berkenaan. Mangsa diselamatkan beberapa anggota dari Balai Polis Puchong sebelum dia dihantar ke Balai Polis Tapah, untuk tindakan dan siasatan lanjut. Difahamkan, ahli keluarga mangsa bergegas ke balai polis berkenaan sebaik dimaklumkan dan ketika itulah remaja malang itu memberikan keterangan kepada pihak berkuasa. Sehubungan itu, kes berkenaan dirujukkan semula ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang untuk siasatan dan tindakan lanjut. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan namun enggan mengulas lanjut.



source: http://www.hmetro.com.my/articles/Diperkosa20kali/Article/

Bare your love this Valentine’s Day, female students urged

SHAH ALAM: Female students in higher-learning institutes here are being persuaded not to wear panties on Valentine’s Day as an expression of true love for their boyfriends.

The “no-panties promotion”, being held for the first time, has apparently been gaining interest among the students, who are passing the news by word-of-mouth.

Two students in their 20s from Shah Alam, known only as Ummi and Melissa, said they were aware of the “promotion.”

“I feel it is personal,” said Ummi with a smile.

“Valentine’s Day is a good time to express one’s love. And, what we use or don’t use is our right, our freedom. But we will do what is right. It’s a new world now.”

Melissa claimed that there was already a large group who planned to go ahead with it.

“We will know how many by Valentine’s evening.”

State Islamic Affairs Department (Jais) director Datuk Mohammed Khusrin Munawi said:

“We will not allow Muslim students to be taken in by such celebrations that deviate from the teachings of Islam.”




source: http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/1/29/nation/5567822&sec=nation

Avatar cipta rekod

LOS ANGELES: Epik fiksyen sains terbaru, Avatar, mencatat rekod baru dunia dengan muncul sebagai filem paling menguntungkan apabila memungut kira-kira RM6.32 bilion di seluruh dunia dan menenggelamkan Titanic di tempat kedua.

Penerbit Avatar, 20th Century Fox, berkata sehingga Isnin lalu filem itu secara rasmi memintas Titanic dengan muncul sebagai produksi paling laris di dunia. Diarah James Cameron, filem 3-D itu memperoleh RM54.4 juta lebih tinggi berbanding Titanic - juga diarahkan Cameron. Menurut penerbit filem itu, setakat ini Avatar mencatat jualan tiket bernilai RM6.321 bilion berbanding pungutan keseluruhan Titanic, RM6.266 bilion. “Kami sangat gembira apabila berjuta-juta penduduk dunia menyambut baik Avatar. “Tema melindungi alam sekitar, menghormati kehidupan dan berjuang untuk keamanan planet terbukti berjaya menyatukan penonton di seluruh dunia,” kata syarikat penerbit filem itu dalam kenyataan dikeluarkan di Los Angeles, semalam. Penganalisis filem, Jeff Bock, berkata kini secara rasmi Avatar mengungguli sejarah perfileman dengan data dikeluarkan 20th Century Fox itu. “Seperti kapal sebenar, orang ramai menyangka rekod Titanic tidak mampu ditenggelamkan, tetapi terbukti ia mampu dijadikan kenyataan. “Serahkan kepada kapten kapal itu, James Cameron, untuk menenggelamkan kapal diciptanya dan muncul semula dalam dunia baru,” katanya. Filem menelan kos RM1.7 bilion itu dianggap pencapaian terbaru dunia perfileman kerana menampilkan kamera berteknologi tinggi dan menghasilkan kesan tiga dimensi (3-D). Teknologi itu turut mendapat sentuhan daripada Cameron. Sementara itu, pengarah kelahiran Kanada itu berkata, Avatar tidak semestinya dilihat hanya bersifat politik seperti diyakini sesetengah pihak. “Sebaliknya, filem itu menceritakan bagaimana manusia perlu menguruskan alam semula jadi,” katanya.


source: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Avatarciptarekod/Article

Wednesday, January 27, 2010

Diperkosa Setan (Raped By Saitan)

'Jejaki mereka'

JOHOR BAHRU: “Jejaki mereka dan bawa mereka ke muka pengadilan,” tegas peniaga yang membuat laporan polis berhubung tindakan ahli di sebuah lagi portal Internet yang didakwai menghina dan mencerca Almarhum Sultan Iskandar melalui satu forum, kelmarin.

Mohd Razali Masdol, 42, membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Kota Tinggi di sini, jam 8.48 malam kelmarin, kira-kira dua jam selepas terbaca beberapa komen dibuat ahli portal utaraonline.net berhubung kegeringan Sultan Iskandar, Jumaat lalu.


“Pada mulanya saya ingin melayari portal berita beberapa akhbar utama, tapi tak lama kemudian terbaca laporan berhubung Aduka Taruna yang menghina Almarhum di sebuah portal berbahasa Melayu.

Mohd Razali Masdol, 42, membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Kota Tinggi di sini, jam 8.48 malam kelmarin, kira-kira dua jam selepas terbaca beberapa komen dibuat ahli portal utaraonline.net berhubung kegeringan Sultan Iskandar, Jumaat lalu.


“Pada mulanya saya ingin melayari portal berita beberapa akhbar utama, tapi tak lama kemudian terbaca laporan berhubung Aduka Taruna yang menghina Almarhum di sebuah portal berbahasa Melayu.


“Kemudian saya membuat capaian Internet menggunakan nama Aduka Taruna sebelum tertera alamat portal itu yang memaparkan beberapa komen ahlinya berhubung berita Almarhum dimasukkan ke wad,” katanya, semalam.
Mohd Razali berkata, dia terkejut apabila mendapati komen seorang ahli forum yang menggunakan nama samaran ‘gojot’ menggunakan perkataan keras dan jelas menunjukkan penghinaan terhadaps Almarhum.

Katanya, tindakan penulis serta beberapa ahli forum membincangkan perkara itu dalam bahasa kesat tidak boleh diterima.


“Seperti dilakukan ke atas Aduka Taruna, saya berharap polis menjejaki orang seperti ini dan menyiasat pengendali portal berkenaan kerana kita tidak mahu ada lagi cerita mengguris perasaan istana dan seluruh rakyat Johor,” katanya.


Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Muhamad Shamsuddin mengesahkan menerima laporan ketika dihubungi petang semalam.


Katanya, pihaknya menyerahkan kes berkenaan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Johor untuk siasatan dan tindakan lanjut.

http://adukataruna.blogspot.com

source: http://www.hmetro.com.my/articles/Jejakimereka/Article/

Tuesday, January 26, 2010

Fahrin bengang

SERI KEMBANGAN: “Apa perasaan anda apabila orang bertanyakan pada ibu anda yang sedang sakit, adakah anak anda kaki pukul?” keluh pelakon popular, Fahrin Ahmad yang tidak dapat menyembunyi perasaan sedih sehingga menitiskan air mata ketika mengumumkan tindakan undang-undang yang diambilnya pada sidang media di sini, semalam.


Kejadian itu, kata Fahrin, 30, mendorongnya mengambil tindakan undang-undang terhadap penyampai radio, Linda Onn selepas bekas kekasihnya itu mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap dirinya, menerusi laporan dua akhbar, baru-baru ini.


Menerusi firma guaman, Tengku Naufal & Co, pelakon berkenaan mengemukakan notis tuntutan yang mengandungi empat perkara iaitu kenyataan maaf terbuka Linda menerusi akhbar, penarikan balik kenyataan penyampai radio itu terhadap Fahrin yang dibuat sebelum ini, surat aku janji secara bertulis agar dia tidak mengulangi perbuatan itu dan surat tuntutan ganti rugi.


Fahrin yang ditemani peguam Tengku Naufal Tengku Mansor dan Ahmad Hafez Zaidi, menyatakan kenyataan yang dikeluarkan Linda menerusi dua akhbar berlainan pada 19 Januari dan 20 Januari lalu, mendakwa dirinya seorang kaki pukul dan tidak menghormati wanita.


“Ini bukan keputusan mudah dan saya ambil masa panjang untuk ambil tindakan undang-undang ini. Sebelum ini, saya hanya berdiam diri tetapi kini keadaan tidak terkawal, menyebabkan saya tertekan dari aspek psikologi dan mencalar maruah saya.

“Biarpun pada mula saya anggap perkara sebegini remeh, sebaliknya apa yang dilaporkan menerusi dua akhbar ini menjadi bukti kukuh untuk saya ambil tindakan undang-undang. Kedua-dua artikel ini mewujudkan keraguan yang menjurus persoalan saya berperangai macam itu.


“Sebelum ini, saya terima banyak panggilan (telefon) yang bertanya sama ada benar saya ini kaki pukul. Saya sedih dengar perkara ini kerana sikap sebenar saya bukan macam itu. Saya seorang yang ceria dan suka senyum pada orang lain,” katanya.


Fahrin berkata, tindakan undang-undang diambil bukan kerana marah, tetapi terlalu kecewa dengan sikap Linda yang melemparkan tohmahan terhadapnya.


Pelakon filem baru, 2 Hati 1 Jiwa ini juga mengakui pernah menjalinkan hubungan cinta dua tahun dengan penyampai radio berkenaan walaupun mereka menafikan hubungan sebenar dan sekadar menyatakan status ‘teman tapi mesra’. “Cinta saya ikhlas dan ia tidak seharusnya berakhir begini. Bila habis bercinta, saya bercakap perkara yang baik dan tidak reka sesuatu yang boleh membuat orang lain berprasangka buruk.


“Sebelum ini, apabila saya putus cinta dengan Linda dan Scha Al-Yahya, saya cuma berdiam diri. Saya tahu risiko bercinta dengan selebriti, tetapi saya bersyukur dan tidak kesal dengan mereka,” katanya.


Fahrin juga menyatakan ketika kenyataan Linda hangat diperkatakan banyak pihak, dia bimbang kariernya terjejas apatah lagi dirinya mewakili tiga jenama produk ‘besar’. Bagaimanapun, katanya dia bersyukur kerana masih mendapat kepercayaan pihak yang melantiknya sebagai duta produk manakala anggota keluarganya turut memberikan sokongan.


Pun begitu, sejak kedua-dua artikel berkenaan disiarkan akhbar, dia tidak pernah berhubung dengan Linda.

Pelakon itu menegaskan, walau apapun yang berlaku, dia tidak berdendam dengan Linda, malah mendoakan kejayaannya.


“Saya bukan berkomplot dengannya untuk mengadakan cerita sebegini. Apa yang saya lihat, perkara ini boleh merugikan kedua-dua pihak dan memecahbelahkan peminat,” katanya.


Tengku Naufal pula menyatakan, notis tuntutan itu menjelaskan Fahrin memberi masa tujuh hari sehingga Isnin depan untuk mendapatkan maklum balas daripada Linda.


Katanya, analisis terhadap laporan kedua-dua akhbar memberi maksud jelas berita berkenaan bertujuan menghasut masyarakat agar memberi persepsi buruk pada Fahrin.


Notis bertarikh 22 Januari lalu dihantar kepada Linda dan kedua-dua akhbar berkenaan.


“Jika Linda gagal memberi respons kepada notis tuntutan ini, writ saman dan permohonan sewajarnya akan dibuat di mahkamah tinggi pada minggu depan. Bagaimanapun, jika sebaliknya, saman ini tidak dibuat,” katanya.


Mengenai jumlah writ saman yang ingin dikemukakan, Tengku Naufal berkata, ia akan ditetapkan kemudian selepas notis tuntutan selama tujuh hari itu berakhir.



source: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Fahrinbengang/Article

Tuesday, January 19, 2010

Why I Like it Longer?

Handphone adalah gadget yang mesti dimiliki oleh setiap manusia. budak sekolah pon ada handphone kan? hihi... Tetapi, apa yang membezakan sebuah handphone dengan handphone yang lain? Handphone besar, handphone canggih, handphone mahal, handphone banyak application, handphone banyak games. Dan yang terkini keluaran LG, "The Longer Phone". Yang menarik tentang Longer @ panjang ini. Jom Translate ke dalam bentuk "Z-A BL40 Phone Manual".




Zero Percent Ashamed
Pernah dibandingkan handphone dengan handphone rakan-rakan anda? Dengan pelbagai ciri-ciri yang mampu membuatkan orang disekeliling anda cemburu, LG Chocolate BL40 mampu membuatkan anda bangga 100%.

Y-axis is only 11mm
Dengan kenipisan Y-axis hanya 11mm, LG Chocholate BL40 merupakan salah satu handphone yang paling nipis di dunia. Mungkinkah BL40 adalah handphone paling nipis di dunia? :)

X-tra everything
X-tra panjang, X-tra ciri-ciri, X-tra aplikasi, X-tra segalanya. Simple word, BL40 adalah X-tra!

Wide screen at 4 inch
Tidak perlu lagi menonton Television. Skrin yang selebar 4 inci ini mampu membuatkan anda merasakan pengalaman seperti sedang menonton mini TV.

Vivid screen
Bohsan dengan game Snake pada handphone lama anda yang hanya ada warna hitam putih? Tidak mungkin lagi terjadi dengan BL40. Skrin yang sangat jelas membolehkan anda menonton video dan bermain aplikasi games dengan jelas!

Unique in style
Selalu dibandingkan dengan handphone rakan-rakan lain? Unik. Aspek penting ada pada BL40. Handphone yang mampu membuatkan anda berstail dan membuatkan rakan-rakan jealous dengan anda.

Two screens at once
2 skrin dalam satu masa? apa tuh? mustahil? Tidak bagi BL40. Ciri terbaru yang menarik khas pada BL40 yang mampu membuka 2 skrin dalam satu masa tanpa menukar windows anda.

Size is everything
"Saiz bukanlah segalanya". SALAH! Saiz adalah segalanya. 51mm lebar, 128mm panjang dan 11mm tebal, sesiapa pun sanggup mengubah prinsip tentang "saiz bukan segalanya!". Jadi, saiz adalah SEGALANYA! The longer, the better! Full Stop.

Resolution at the best
Resolusi pada 345x800 pixels yang membuatkan anda puas hati dan teruja untuk terus memiliki BL40. Antara yang terbaik dari segi resolusi berbanding handphone lain, BL40 mampu membuatkan anda tidak mencari (Handphone) yang lain lagi. :)

Quick content Transfer
Pemindahan kandungan perisian, lagu dan aplikasi dalam masa yang singkat hanya dengan 1 sentuhan pada skrin. Kemudian, selesai!

Photo until 5 Mega Pixel resolution
Kenapa perlu beli digital kamera jika anda boleh mengambil gambar dengan resolusi sehingga 5MP hanya dengan BL40? LG Chocolate BL40 = Handphone. Dan juga Kamera.

One Touch. That's all
Satu sentuhan. Itu sahaja yang diperlukan untuk menggunakan BL40. Aplikasi? 1 sentuhan. Games? 1 sentuhan. Membuat panggilan? 1 sentuhan. Segalanya hanya menggunakan 1 sentuhan.

Normal. But not normal
BL40 adalah handphone normal sama seperti handphone lain. Skrin sentuh? Normal. Skrin sentuh dengan hanya 1 sentuhan? Normal but not normal! Skrin lebar? Normal. Skrin lebar sehingga 4 inci? Normal but not normal! Handphone lain = normal. BL40 = Normal but not normal!

Memory like a brain
BL40 mempunyai memori on-board sehingga 1.1MB. Juga boleh ditambah memory sehingga 32GB! Storage segala aplikasi dan media anda sehingga penuh adalah mustahil untuk BL40!

LCD with HD
LCD skrin dengan High Definition(HD). Segalanya adalah dalam HD pada masa kini. Bersiap sedia ke dunia HD dengan BL40!

Java version 2.0
BL40 kini dilengkapi dengan Java version 2.0 yang membolehkan pengguna handphone ini bermain pelbagai games yang telah dimuat turun. Penggunaan software Java version 2.0 ini juga membenarkan BL40 menjalankan games terbaru yang di muat turun.

Idealize your dream
BL40 menyempurnakan impian anda untuk mempunyai handphone dengan segala ciri-ciri menarik untuk dimiliki. Kamera, Radio, Telefon, Aplikasi dan Games. All in 1, 1 in all.

Hours and hours and hours
Sehingga 400 jam bagi keadaan standby dan sehingga 360 minit untuk masa berbual membolehkan penjimatan penggunaan pengecaj dan elektrik yang sangat optimum!

Game Download? No need
Harga memuat turun aplikasi games yang sangat mahal? Jangan risau, LG dengan ini memberi anda games sehingga 7 jenis untuk anda secara percuma!

FM Radio for free
Bosan dengan MP3 yang dimuat turun kerana tidak dikemaskini dengan lagu terbaru? FM Radio turut disertakan bersama BL40.

Experience of Real VGA
Pengalaman baru dengan Real VGA membolehkan julat warna yang semula jadi dan membolehkan setiap dokumen mudah dibaca.

Download rate with full speed
Kelajuan maksimum semasa memuat turun fail dan aplikasi di kedai online pasti akan membuatkan anda mesti memiliki BL40!

Complete web display
Gambar penuh bagi setiap website dengan side-scrolling yang paling minimum untuk keselesaan pengguna BL40 yang ingin melayari laman web pada masa santai.

Bluetooth with full speed
Malas menunggu fail yang dihantar melalui bluetooth yang mengambil masa lama? Tidak mungkin terjadi dengan BL40. Teknologi bluetooth terbaru yang membolehkan fail dihantar dalam masa yang singkat membolehkan pengguna BL40 tidak bosan menunggu lagi.

All in one
Semuanya dalam 1. BL40 merupakan kombinasi terbaik dan terhebat untuk pengguna handphone. All features in one handphone.




LG Chocolate Phone (BL40) merupakan handphone paling lengkap untuk digunakan dalam setiap situasi!


Tips Z-A BL40 Phone Manual ini dicipta khas untuk Pertandingan ‘Why I Like It Longer’



The Top 3 most creative posts will win an LG Chocolate phone (BL40) worth RM2,199 each.


Friday, January 8, 2010

Setiausaha Agung PKR letak jawatan

KUALA LUMPUR: Datuk Salehuddin Hashim mengesahkan beliau mele takkan jawatan sebagai Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), berkuat kuasa akhir bulan ini, bagi memberi tumpuan penuh kepada bidang perniagaan.

Salahuddin berkata, peletakan jawatannya itu tidak mempunyai kaitan dengan kepimpinan atau perjuangan parti, sebaliknya menegaskan dirinya masih ahli parti dan tidak akan menyertai mana-mana parti buat masa ini.

Beliau menghantar surat peletakan jawatan itu secara pos dan e-mel kepada Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail dan Timbalan Presiden, Dr Syed Hussin Ali di ibu pejabat parti pada jam 5 petang semalam.

"Saya sahkan saya sudah letak jawatan kerana saya ada tugasan perniagaan di Amerika Syarikat dalam bidang pengurusan gas dan minyak selama dua tahun.

"Buat masa ini saya masih bercuti panjang dari tugasan," katanya ketika dihubungi Berita Harian di sini, lewat petang tadi.

Salehuddin, 58, lulusan undang-undang menyertai PKR sejak 2004 dan memegang jawatan itu pada April 2007. Sementara itu, Dr Syed Husin ketika dihubungi berkata, beliau tidak menerima sebarang surat atau makluman dari Salehuddin berhubung perkara itu.

"Tak ada setakat ini, belum terima lagi, setakat hari ini dia masih lagi setiausaha agung parti," katanya.



source: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Mutakhir/20100108001633/Article