Friday, November 20, 2009

Air liur boleh membunuh sperma?

Soalan: SAYA terbaca dalam Internet bahawa ada kajian menunjukkan pasangan yang melakukan ‘oral seks’ besar kemungkinan sukar hamil. Menurut pakar itu, air liur boleh membunuh sperma. Oleh itu pasangan sangat tidak digalakkan sama ada menghisap zakar atau menggunakan air liur sebagai pelincir untuk faraj. Boleh saya mendapat kepastian daripada doktor sejauh mana kebenaran maklumat ini?



Jawapan: Maklumat berkaitan penyakit kelamin yang biasa dipaparkan dalam Internet ialah maklumat daripada sumber di negara Barat yang memberi tanggapan mengikut amalan sosial di kalangan mereka. Jadi untuk mereka, seks oral tidak sesuai untuk pasangan yang inginkan kehamilan kerana khuatir kemungkinan jangkitan akibat amalan itu. Maksud saya, jika pasangan anda ada banyak pasangan seks lain serta melakukan seks oral kepada anda dan kebetulan anda tiada pasangan lain, mungkin anda dijangkiti kuman atau kuman virus kerana kemungkinan dia membawa kuman tersebut sangat tinggi, lebih-lebih lagi jika dia tidak mengamalkan seks ‘selamat’ dengan menggunakan kondom.

Mengikut pandangan kita pula, jika pasangan itu suci dari awal lagi iaitu tidak pernah melakukan seks dengan sesiapa atau ketika menjalin hubungan mereka tidak lagi ‘makan luar’ dan mereka didapati sihat dan tanpa jangkitan melalui ujian darah dan pengesahan doktor, kemungkinan tiada masalah dijangkiti.

Bagaimanapun, jangkitan biasa seperti jangkitan kulat yis dan kuman dari lubang najis boleh juga dijangkiti melalui seks oral dan jika kuman serta kulat itu membiak dalam faraj, kemungkinan ia boleh menjejaskan kehamilan atau menyebabkan wanita itu sukar hamil.

Jika anda dan pasangan gemarkan seks oral, bersihkan anggota kelamin selepas selesai atau dan sebelum melakukan seks penetratif. Lebih baik ketika rancang kehamilan, elak lakukan seks oral!

source: http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/SakitTuan/20091011134630/Article/index_html