Monday, November 30, 2009
Suami bagai gila seks
Jawapan: Apabila sampai ke tahap menjilat kaca televisyen yang memaparkan perempuan seksi dan lebih sebulan tidak meniduri isteri, sebaliknya nafsu dipuaskan dengan beronani, Dang Setia berpendapat suami puan termasuk dalam kategori berpenyakit atau orang sakit. Puan, orang sakit perlu dibawa berjumpa doktor pakar yang mampu mengubatnya. Mungkin, pakar sakit tuan seperti Dr Ismail Thambi paling sesuai untuk puan dan suami jumpa atau hubungi bagi mendapatkan nasihat. Atau mungkin juga suami puan boleh dirujuk kepada pakar psikologi kerana masalah dicetuskannya ada kaitan dengan masalah jiwa dan mental. Bagaimanapun, Dang Setia percaya besar kemungkinan suami puan keberatan berbuat demikian. Biasalah, orang yang sakit mental biasanya tidak mengaku mereka menghidap penyakit itu. Jika betul telahan Dang Setia, puan jangan kecewa, sebaliknya tidak salah jika puan pergi berjumpa pakar itu bersendirian kerana sekurang-kurangnya ada nasihat yang boleh puan gunakan untuk berdepan suami. Dang Setia bukan pakar dalam bidang ini, justeru Dang Setia minta maaf kerana tidak dapat banyak membantu puan. Lagipun Dang Setia bimbang, memberi nasihat salah pasti memburukkan lagi keadaan. Bagaimanapun, tidak salah rasanya untuk Dang Setia sekadar menasihatkan puan supaya tabah, banyak bersabar dan jangan berterusan menyimpan persepsi buruk terhadap suami. Dang Setia akui, masalah dicetuskannya memang mengecewakan puan sebagai isteri. Sudah lumrah, isteri manapun pasti berperasaan seperti puan jika suami mereka bersikap seperti suami puan. Cuma, puan perlu rasional dan tidak boleh terburu-buru. Sebab itu Dang Setia mahu puan melihat masalah suami sebagai satu penyakit. Dengan berpandangan begitu, sekurang-kurangnya puan faham dia perlukan bantuan dan rawatan. Dang Setia puji sikap puan yang masih melayan dan menghormatinya sebagai suami. Ya, begitulah seharusnya dan teruslah dengan tindakan terpuji itu sambil berusaha memastikan suami puan mendapat rawatan pakar. Dang Setia juga tidak mahu puan menganggap usaha puan mengubah gaya rambut, jaga berat badan dan mencantikkan sebagai sia-sia. Percayalah, jika itu tidak puan lakukan, masalah mungkin menjadi lebih rumit. Jangan lupa, isteri mencantikkan diri untuk kegembiraan suami adalah perkara yang digalakkan Islam. Melakukannya dengan ikhlas, insya-Allah puan mendapat pahala. Jadi, ia bukan perbuatan sia-sia. Akhir sekali, pada pandangan Dang Setia yang kurang arif dalam hal hubungan seksual dan masalah mental ini, masalah kurang komunikasi mungkin menjadi antara punca suami puan berperangai seperti gila seks dan bersikap dingin terhadap puan. Maksud Dang Setia, memang resam orang Melayu menganggap seks sebagai perkara sensitif dan tidak boleh dibual atau dibincangkan, biarpun antara suami isteri. Sedangkan antara keperluan untuk pasangan suami isteri mencapai kepuasan maksimum dalam melakukan hubungan seks ialah belaian dan perbualan romantik, selain berterus-terang mengenai ‘apa yang lebih dan apa yang kurang’. Nyata situasi itu tidak berlaku pada puan kerana bila puan bertanya suami adakah dia tidak puas melakukan hubungan seks dengan puan, dia hanya buat tidak tahu. Oleh itu, memandangkan suami puan agak pasif dan bersikap tertutup dalam membicarakan soal seks, puan perlu memainkan peranan lebih dominan untuk mengubah sikapnya dengan cara sering mengajaknya berbual mengenai hubungan seks anda berdua.
source: http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/DangSetia/20090726094626/Article/index_html
Tuesday, November 24, 2009
Amah jadi GRO
KUALA LUMPUR: Kesempatan cuti hujung minggu yang diberikan majikan digunakan 14 pembantu rumah warga Filipina untuk menjadi pelayan pelanggan (GRO) merangkap pelacur secara sambilan terutama di kalangan pelancong asing dan lelaki ‘hidung belang’ bagi mencari pendapatan lebih.
Difahamkan, mereka mampu meraih pendapatan antara RM500 hingga RM1,000 semalam hanya menemani pelanggan, termasuk pelancong asing yang bercuti ke negara ini yang ingin berhibur dan mendapatkan khidmat seks.
Bagaimanapun, kegiatan mereka ini terbongkar apabila sepasukan 50 pegawai dan anggota Jabatan Imigresen Putrajaya menyerbu sebuah pusat hiburan di jalan Raja Chulan, malam kelmarin.
Dalam operasi bermula kira-kira jam 7.30 malam itu, seramai 14 wanita Filipina berusia 30 hingga 40-an yang bekerja sebagai pembantu rumah ditahan termasuk seorang daripada mereka mendakwa bekerja di rumah seorang orang kenamaan (VIP) ditahan kerana menyalahgunakan pas kerja mereka dengan menjadi GRO.
Timbalan Penolong Pengarah (Penguatkuasaan) Jabatan Imigresen Putrajaya, Nik Shahanizam Ahmad, berkata operasi dilakukan berdasarkan risikan hampir sebulan terhadap premis berkenaan selain maklumat awam.
“Pusat hiburan berkenaan dipercayai menjadi antara lokasi kegemaran pembantu rumah warga Filipina berkumpul dan menggunakan pelepasan cuti hujung minggu oleh majikan mereka untuk mencari pendapatan tambahan sebagai GRO.
“Hasil pemeriksaan, kebanyakan wanita ini memasuki negara ini secara sah, malah masing-masing mempunyai permit kerja sebagai pembantu rumah yang sah, namun didapati menyalah gunakan permit sedia ada dengan menjadi GRO,” katanya.
Malah, ketika pemeriksaan, suasana kecoh seketika apabila seorang daripada GRO yang layak dipanggil ‘nenek’ kerana berusia bertindak kasar dan cuba menyerang pegawai penguat kuasa bertugas.
Bagaimanapun, keadaan kembali reda selepas ditenangkan pegawai bertugas dan wanita terbabit terpaksa digari bagi mengelak kembali bertindak agresif.
“Biasanya, pembantu rumah ini akan memberitahu majikan mahu keluar makan atau berhibur bersama rakan mereka. Padahal, majikan tidak mengetahui mereka sebenarnya bekerja separuh masa sebagai GRO, hanya pada malam minggu untuk mencari pendapatan tambahan.
“Selalunya mereka akan berkumpul di kelab malam sekitar Bukit Bintang kerana kawasan itu menjadi tumpuan pelancong atau warga asing yang bekerja di negara ini untuk berhibur pada malam minggu dan mereka ini sanggup berbelanja besar bagi mendapatkan teman sosial atau GRO,” katanya.
Katanya, semua yang ditahan dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Putrajaya untuk siasatan lanjut dan akan didakwa mengikut Seksyen 51 (5) (B) Akta Imigresen 1959/63 kerana menyalahgunakan permit kerja dikeluarkan dan tinggal melebihi tempoh dibenarkan di negara ini.
source: http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Tuesday/Setempat/20091124082013/Article/index_html