Tuesday, February 9, 2010

Anwar tidak terkejut keputusan Zambry kekal MB Perak

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tidak terkejut dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengisytiharkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Katanya apa yang penting ialah perkara itu perlu dirujuk ke "mahkamah rakyat" untuk membuat keputusan siapakah layak untuk memimpin negeri Perak.

Anwar berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di Kompleks Mahkamah di sini di mana beliau sedang menghadapi kes perbicaraan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Ditanya apakah nasihat beliau kepada penyokong pakatan pembangkang terutamanya di Perak, beliau meminta mereka menggunakan masa yang ada untuk memperkemaskan jentera parti masing-masing dan menjelaskan isu-isu semasa kepada rakyat. - Bernama

source: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Mutakhir/20100209150344/Article/index_html

No comments: