ISLAM melarang penganutnya berzina, iaitu melakukan hubungan seks tanpa nikah. Ia juga melarang seseorang itu bertukar-tukar pasangan dan melakukan hubungan seks secara rambang atau bebas.
Setiap perkara dilakukan akan memberi kesan kepada kehidupan kita. Sehubungan itu, berfikir sebelum melakukan sesuatu perkara adalah jalan terbaik bagi mengelak menyesal di kemudian hari.
Seks bebas adalah perkara yang wajib dielak, sebab itu agama melarang keras kerana dalam perspektif perubatan moden diakui bahawa amalan seks bebas boleh mendatangkan kemudaratan.
Saya menerima banyak persoalan daripada lelaki melakukan seks rambang mengenai kesan dihadapi mereka.
Hakikatnya ialah, gejala atau kesan daripada hubungan seks rambang sukar diduga, terutama jika hubungan itu tidak dirancang.
Kajian menunjukkan hubungan seks mudah berlaku apabila lelaki dan wanita dalam keadaan berdua-duaan dan ketika itu mereka tidak terfikir apa juga kesan daripada tindakan yang bakal dilakukan.
Kebanyakan mereka melakukan perbuatan itu dengan orang yang mereka kenali dan biasanya tidak terlintas dalam minda mereka yang si dia mungkin membawa jangkitan.
Bagi lelaki, jika anggota sulit mengalami kesakitan dan lendir seperti air mazi keluar dari salur kencing selepas melakukan persetubuhan, dia berkemungkinan dihidapi penyakit kelamin.
Jika tidak menggunakan kondom, kondom digunakan bocor, terlucut atau koyak, ada kemungkinan terkena jangkitan. Jika cecair kekuningan keluar dalam masa 24 jam selepas melakukan hubungan seks, kemungkinan terkena jangkitan Gonorhea.
Bagaimanapun, jika lendir yang keluar itu berlaku beberapa minggu kemudian dan ia keluar sedikit atau hanya kelihatan tanda di dalam seluar dalam, kemungkinan ia jangkitan kuman Virus Chlamydia.
Jika menghidap jangkitan itu, ada kemungkinan ia boleh merebak ke buah zakar dan mengakibatkan keradangan buah zakar. Jika ia merebak ke pundi prostat, keradangan prostat boleh berlaku.
Saya ingin mengingatkan yang andainya jangkitan dan virus itu disebarkan kepada wanita lain, kemungkinan besar wanita malang itu boleh mandul.
Lelaki berkenaan juga berkemungkinan mandul jika jangkitan itu mengakibatkan salur spermanya tersumbat.
Kepada mereka yang terlanjur dan mengesyaki terkena jangkitan, segera jumpa doktor. Ujian darah akan mengesahkan jangkitan dan penyakit ini ada rawatannya.
source: http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/SakitTuan/20090913140356/Article/index_html
Showing posts with label make money online. Show all posts

Friday, November 20, 2009
Guna alat tiruan untuk bantu sejahtera
Soalan: SAYA sudah berumahtangga hampir lima tahun tetapi isteri saya tidak pernah mencapai klimaks sepanjang bersama. Selalunya bila bersama, faraj isteri kurang basah (kering) dan dia mengadu pedih. Untuk mengatasi masalah itu kami biasanya menonton filem ‘orang dewasa’, tapi masalahnya saya akan tewas awal dan isteri akan merungut tidak ‘sampai’. Untuk pengetahuan doktor, isteri juga ada menyatakan zakar saya tidak sampai ‘dalam’ dan menyukarkannya untuk mencapai klimaks. Baru-baru ini, saya mencari zakar tiruan untuk membantu isteri mencapai klimaks dan ia ternyata berkesan kerana isteri mudah sampai dan saiz zakar tiruan turut membantunya. Adakah alat bantuan seks ini boleh digunakan atau ia membahayakan hubungan kami untuk jangka masa panjang? Apakah perkara ini dibenarkan?
Jawapan: Hubungan seksual antara pasangan lelaki dan wanita membabitkan rangsangan anggota tubuh badan mereka berdua. Rangsangan itu boleh dilakukan dengan sentuhan tangan, jari, mulut, lidah dan juga alat pembantu seks seperti zakar palsu dan alat bergetar. Mungkin yang mustahak ialah keterbukaan minda dan penerimaan pasangan mengenai cara dan teknik untuk ‘bersama’. Jika alat pembantu seks digunakan, ia mestilah sesuai untuk tujuan itu selain selamat dan tiada kesan sampingan. Jadi alat itu perlu dijaga dengan baik dan dibersihkan sesudah dan sebelum dipakai. Nampaknya pasangan anda selesa dengan cara ini dan anda pula tidak senang dengannya. Jadi anda perlu berterus terang dengannya mengenai perasaan anda. Jika masalah anda ialah cepat klimaks dan anggota kelamin kecil, mungkin anda perlu cari jalan untuk mengatasinya. Kini ada pelbagai rawatan untuk mengatasi masalah cepat klimaks dan juga mengubah bentuk dan saiz anggota kelamin secara selamat, melalui pakar yang berkenaan. Anda juga boleh meluaskan lagi pengetahuan mengenai hubungan seks melalui bimbingan seksual dengan pakar dan bukan sekadar menonton video lucah yang tidak memberi apa-apa panduan betul kepada anda berdua. Anda boleh gunakan alat pembantu seks itu sekadar untuk adegan pemanasan dan apabila pasangan dapat nikmat sentuhan anda tadi dengan menggunakan alat itu, kemudian anda boleh memainkan peranan secara biasa. Apabila anda berjaya menambah saiz dan bentuk anggota kelamin serta dapat meningkatkan daya tahan ejakulasi, anda boleh mengurangkan penggunaan alat pembantu seks atau menggunakannya hanya pada waktu yang diperlukan. Jika anda tidak berusaha, dibimbangi alat pembantu seks akan mengambil alih tugas dan tanggungjawab anda dalam hubungan seks bersama isteri! Kerana ada kemungkinan penggunaan alat pembantu seks boleh menyebabkan isteri anda ketagih. Setahu saya, penggunaan alat pembantu seks tidak salah daripada pandangan Islam jika dilakukan dengan kerelaan pasangan. Jika penggunaan itu bertujuan menghalang kehamilan dan membuatkan pasangan malas mahu bersama secara biasa, mungkin itu batasan penggunaannya.
source: http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/SakitTuan/20090524092409/Article/index_html

Thursday, November 19, 2009
Hidup lelaki, mati wanita
SEBERANG PRAI: “Saya tak boleh berkahwin sama ada sebagai suami atau isteri. Mengenai solat pula, saya boleh bersembahyang seperti lelaki dan perempuan, manakala solat Jumaat tidak diwajibkan.
“Dalam soal berpakaian pula, saya boleh pakai seperti lelaki atau perempuan tapi apabila meninggal dunia hendaklah dikebumikan mengikut jenazah perempuan Muslim,” jelas seorang khunsa mengenai dilema dihadapinya sejak enam tahun lalu.
Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Azli, 33, (gambar) berkata dilema itu dialami sejak menerima pengesahan status khunsa dari Jabatan Mufti Kedah 18 Ogos 2003.
Menurutnya, dia tidak mempertikai atau menolak pengesahan status khunsa berkenaan, namun wujud masalah setiap kali berhasrat melakukan sesuatu perkara.
Laporan itu turut mengesahkan Azli dari Kedah adalah khunsa musykil, bermaksud individu yang tidak diketahui langsung jantinanya disebabkan tiada sebarang tanda yang boleh diklasifikasikan lelaki atau perempuan.
“Apabila hendak bersolat sebagai lelaki, misalnya saya hendaklah di belakang saf kanak-kanak lelaki, tapi ada ketika saya perlu mengisi saf kosong di depan dan masalah timbul apabila ada orang menjadi makmum saya.
“Jika saya hendak bersembahyang sebagai perempuan pula, saya mempunyai nafsu lelaki begitu juga penampilan dan bagaimana pula jika saya bersentuhan dengan mereka.
“Disebabkan itu, saya jarang ke masjid malah solat Jumaat dan hari raya pun sudah 10 tahun saya tidak pergi disebabkan celaru identiti,” katanya.
Bukan itu saja, katanya, masalah identiti itu turut menyebabkan hidupnya tertekan sehingga terdetik di hatinya berhijrah ke luar negara akibat tidak mampu berdepan dugaan masyarakat.
“Ada rakan sekerja apabila mengetahui status saya mereka memanggil saya kakak. Lebih menyedihkan, ada pihak tidak bertanggungjawab yang tahu identiti diri saya ambil kesempatan seperti meraba.
“Ada juga minta nombor kad pengenalan bagi tujuan menikam nombor ekor,” katanya yang sedih dengan tanggapan masyarakat terhadap dirinya yang dilahirkan Allah dengan ciri ‘istimewa’.
Azli berkata, masalah itu bukan pertama kali dilalui dan dia semakin buntu mengenangkan nasib serta masa depannya.
“Saya bertukar kerja hampir 10 kali. Setiap kali saya minta kerja, saya ceritakan masalah sebenar supaya majikan faham kerana dalam kad pengenalan, nama dan jantina saya wanita, tetapi beridentiti lelaki.
“Namun, rahsia yang saya minta simpan itu sedikit demi sedikit terbongkar sehingga saya ambil keputusan berhenti. Tidak semua boleh terima keadaan saya dan bukan saya minta jadi begini sehingga diperlakukan sedemikian,” katanya.
Azli mengakui dia memiliki dua alat kelamin iaitu lelaki dan wanita selain ada ciri kedua-dua jantina berkenaan seperti mempunyai ovari, tetapi tumbuh bulu di dada, kaki, misai serta janggut.
Meskipun begitu, katanya, dia lebih cenderung ke arah lelaki apabila memiliki nafsu seperti lelaki normal yang meminati wanita.
“Saya tiada nafsu terhadap lelaki sebaliknya lebih meminati wanita. Nafsu saya membuak-buak malah saya boleh melakukan hubungan kelamin dengan mereka kerana alat kelamin lelaki saya boleh berfungsi meskipun tiada buah zakar.
“Selain itu, saya juga tiada payu dara seperti wanita lain sebaliknya di dada ditumbuhi bulu begitu juga kaki, misai dan janggut,” katanya.
Azli berkata, sebelum ini dia pernah menjalin hubungan dengan lima wanita, malah pernah merancang berkahwin, namun disebabkan statusnya sebagai khunsa musykil, dia tidak dibenarkan berbuat demikian.
“Sepanjang berkawan dengan lima wanita, mereka tahu identiti dan status saya malah tidak kisah.
“Ada yang sanggup menanggung risiko berkahwin dengan saya termasuk melakukannya di luar negara, tapi apabila saya fikir kembali, pelbagai masalah akan timbul seperti perkahwinan tidak boleh didaftarkan di sini, niat itu terpaksa dilupakan,” katanya.
Azli berkata, lesen memandunya tercatat nama wanita dengan gambarnya yang bertudung tetapi dalam kad pengenalan, dia berambut pendek seperti lelaki.
“Ada orang kata saya tomboi apabila melihat wajah saya dalam kad pengenalan dan luar sedangkan nama saya wanita tetapi saya tak kisah kerana saya tahu diri saya yang sebenar,” katanya.
Menurutnya, dia hanya mengetahui memiliki dua alat kelamin ketika usia 15 tahun apabila tidak datang haid seperti wanita lain kerana ketika itu dia berpakaian dan beridentiti wanita.
“Apabila tidak datang haid, saya berjumpa doktor sebelum disahkan ada dua alat kelamin. Sebelum itu, diri saya wanita apabila keluarga minta saya berpakaian wanita.
“Apabila dapat tahu ada dua alat kelamin, saya masih seperti wanita dan ketika usia 21 tahun, saya nekad berubah menjadi lelaki disebabkan naluri saya,” katanya yang pernah ditentang keluarga disebabkan tindakannya itu.
Menurutnya, sejak usia 21 tahun, dia berusaha mendapatkan status diri sama ada lelaki atau perempuan namun belum menemui jawapan hingga kini.
“Pada 2003, saya ke pejabat Mufti Kedah meluahkan masalah dihadapi dan diminta menemui pakar sebelum menjalani beberapa pemeriksaan perubatan di Hospital Alor Setar dan Hospital Universiti (kini Pusat Perubatan Universiti Malaya).
“Berdasarkan ujian, saya disahkan ada dua alat kelamin, namun doktor beritahu ovari saya tidak normal.
“Selepas ujian itu, Jabatan Mufti Kedah mengeluarkan surat menyatakan status saya dan sejak itu saya buntu memikirkan status diri sedangkan saya ada nafsu lelaki.
“Justeru, saya meminta pihak berkuasa mengeluarkan panduan khusus kepada golongan seperti saya supaya saya boleh hidup seperti orang lain,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Penyelidik Jabatan Mufti Kedah, Faridah Ahmad ketika dihubungi mengesahkan pihaknya mengeluarkan laporan pengesahan status khunsa musykil kepada Azli.
Katanya, ketika itu Azli membuat permohonan mengesahkan jantinanya untuk berkahwin, namun pihaknya meminta dia melakukan pemeriksaan pakar perubatan.
“Pada masa itu, Mufti Kedah, Datuk Sheikh Hasbillah Abd Halim, pakar sakit puan, ahli Jawatankuasa Fatwa, pemohon serta ibu bapanya hadir.
“Berdasarkan ujian doktor, alat kelamin lelaki dan perempuannya tidak berfungsi sepenuhnya. Disebabkan itu, pejabat mufti mengambil keputusan tidak membenarkannya berkahwin atas alasan matlamat perkahwinan tidak tercapai seperti tidak boleh mendapat zuriat.
“Sebagai lelaki, dia tiada air mani manakala sebagai perempuan pula rahimnya tidak normal,” katanya.
source: http://www.hmetro.com.my/Thursday/BeritaUtama/20091119080245/Article

Subscribe to:
Comments (Atom)