Thursday, December 3, 2009
Tidak terasa ketika dengan isteri
Jawapan: Kulit penghujung zakar mengandungi banyak sel penghujung urat saraf seperti sel Pacinian dan Ruffinian yang membuatkan bahagian itu sangat sensitif kepada sentuhan, jadi bahagian itu terlindung oleh kulup.
Kepada lelaki yang berkhatan, sebahagian besar daripada penghujung zakar terdedah dan boleh tersentuh kepada pakaian dalam.
Apabila perasaan sensitif itu mula dapat diterima, sensitiviti bahagian itu akan reda tapi kekal selagi sel penghujung urat saraf itu tidak tercedera atau berkurangan.
Jadi tidak, mungkin berkhatan itu membuatkan penghujung zakar anda hilang ‘deria’, sedangkan anda masih dapat menikmati keseronokan apabila bahagian itu dirangsang melalui sentuhan mulut.
Mungkin tahap dan kualiti sentuhan yang anda alami daripada rangsangan mulut lebih mengghairahkan anda sehingga dapat mencapai klimaks.
Mungkin juga cara dan teknik dilakukan itu, seperti memegang dan menyedut, membuatkan perasaan itu lebih ghairah dan mudah untuk mencapai klimaks.
Anda perlu cuba menumpukan kepada memberi rangsangan bertalu-talu kepada penghujung zakar ketika bersetubuh dengan pasangan dengan menggeselkan bahagian itu dengan lebih intim lagi.
Pasangan anda boleh membantu dengan mengemut faraj supaya corong faraj menjadi lebih sempit tapi selesa dan mengghairahkan sehingga boleh berlaku percetusan klimaks.
Anda juga boleh ubah posisi ketika melakukan seks untuk menikmati rangsangan lebih mengghairahkan dengan kerjasama pasangan.
Anda boleh dapat tips dan cara gaya daripada pakar yang berkaitan jika anda terbuka untuk mempelajarinya.
source: http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/SakitTuan/20090531112216/Article/index_html
Tuesday, November 24, 2009
Pengguna internet Pantai Timur gemar cari bahan seks

PETALING JAYA: Pengguna Internet di Kuantan dan Kota Baru paling suka mencari bahan-bahan berunsurkan seks berbanding bandar-bandar lain di negara ini, menurut data daripada sebuah enjin carian Internet.
Dua bandar ini berada di tangga teratas dalam senarai 10 bandar utama yang mencari perkataan-perkataan "bogel", "gambar bogel", "Melayu bogel", "seks Melayu" dan "cerita seks" di enjin carian terkenal Google.com.
Sementara Kota Baru hanya mengatasi Kuantan dalam carian perkataan "sex" (seks) atau "porn" (pornografi).
Sewaktu disemak oleh mStar Online hari ini, bandar ketiga yang paling suka mencari perkataan "bogel" ialah Alor Star, dan diikuti Kota Kinabalu, Batu Pahat, Johor Bahru dan Petaling Jaya.Untuk carian perkataan "Melayu bogel", Batu Pahat menduduki tempat ketiga dan diikuti bandar-bandar Johor Bahru, Petaling Jaya, Klang dan Shah Alam.
Selain Kuantan dan Kota Baru, "gambar bogel" diminati di Alor Star, Kota Kinabalu, Batu Pahat, Johor Bahru dan Petaling Jaya.
Perkataan "seks Melayu" pula turut digemari di Klang, Batu Pahat, Johor Bahru, Petaling Jaya dan Ipoh.
Kuantan dan Kota Baru masing-masing menguasai tangga kedua dan keempat untuk carian perkataan "cerita seks", sementara kedudukan-kedudukan lain dikuasai boleh bandar-bandar utama di Indonesia kecuali Batu Pahat di tempat kesembilan.
Data ini dikumpul oleh Google Trends, salah satu daripada aplikasi syarikat Internet terkemuka Google.com. Bagaimanapun syarikat ini memaklumkan enjin pengesan trend masih di peringkat pembinaan.
Ahli psikologi Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr. Jas Laile Suzana Jaafar melihat perkembangan ini sebagai suatu yang "biasa", lebih-lebih lagi di Kelantan yang mengamalkan dasar lebih konservatif dalam hal-hal sensitif seperti seksualiti.
"Kalau remaja yang cari, itu biasa kerana pada peringkat inilah mereka akil baligh dan mereka perlu mencari maklumat mengenai seksualiti untuk memahami perubahan yang berlaku ke atas diri mereka," katanya kepada mStar Online hari ini.
"Kalau dia tanya ibu bapa atau kawan-kawan, berapa banyak sangat dia boleh dapat? Dalam konteks Kelantan pula, ibu bapa tidak mengambil pendekatan terbuka apabila membincangkan soal seksualiti dengan anak-anak."
Sikap ibu bapa, menurutnya, telah membudaya di kalangan masyarakat negara ini yang menganggap seks sebagai perkara terlarang.Dr Jas Laile menjelaskan, kesulitan sebegini akan mendorong golongan remaja untuk mendapatkan maklumat daripada media-media lain seperti video atau Internet.
"Mereka mencari maklumat ini sebab ingin tahu, tambahan pula ada halangan budaya dan penguatkuasaan," katanya, sebagai ketua Jabatan Antropologi dan Sosiologi UM, yang kelihatan tidak terkejut apabila diajukan soalan sedemikian.
Tambahnya, ada pengkaji berpendapat pencarian bahan-bahan seks di Internet itu boleh disalahgunakan sehingga mendorong kesan "ketagihan" apabila pelayar siber menghabiskan lebih 40 jam sebulan.
Namun, beliau mempertikaikan keputusan data-data di Google Trends kerana ia tidak memberikan gambaran yang lebih jelas, seperti tidak menggambarkan kumpulan umur pengguna Internet.
"Kita tidak boleh buat kesimpulan mudah kerana kalau satu perkara dalam kajian ini salah, habis semua salah," tegas Dr Jas Laile.
Google Trends di laman rasminya mengakui maklumat yang digambarkan oleh aplikasi enjin carian popular ini bukanlah kayu pengukur paling tepat kerana ia hanya menganalisis sebahagian daripada perkataan-perkataan yang dicari di Google.com.
Seorang penulis buku perkembangan dunia teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) pula beranggapan kebanyakan pengguna Internet yang mencari kandungan bahan-bahan berunsur seks adalah pengguna baru.
Oon Yeoh berkata, pengguna baru cuba memastikan sejauh mana ruang siber boleh memberikan mereka bahan-bahan ini, berbeza dengan media-media jenis lain.
"Golongan ini sejak sekian lama mendapat maklumat yang telah ditapis melalui TV atau majalah. Bagi mereka, Internet adalah media yang baru dan mereka akan cuba menggunakannya dengan memasukkan kata kunci sebegini," katanya, yang pernah bertugas sebagai wartawan.
"Di kawasan bandar, masyarakatnya telah lama terdedah dengan Internet dan kandungan seperti ini tidak lagi mengasyikkan mereka. Kebanyakan mereka telah mula menggunakan Internet untuk perkara-perkara yang lebih berfaedah."
source: http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2006/12/8/TERKINI/Mutakhir/Pengguna_internet_Pantai_Timur_gemar_cari_bahan_seks&sec=mstar_berita
Thursday, November 19, 2009
Hidup lelaki, mati wanita
“Dalam soal berpakaian pula, saya boleh pakai seperti lelaki atau perempuan tapi apabila meninggal dunia hendaklah dikebumikan mengikut jenazah perempuan Muslim,” jelas seorang khunsa mengenai dilema dihadapinya sejak enam tahun lalu.
Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Azli, 33, (gambar) berkata dilema itu dialami sejak menerima pengesahan status khunsa dari Jabatan Mufti Kedah 18 Ogos 2003.
Menurutnya, dia tidak mempertikai atau menolak pengesahan status khunsa berkenaan, namun wujud masalah setiap kali berhasrat melakukan sesuatu perkara.
Laporan itu turut mengesahkan Azli dari Kedah adalah khunsa musykil, bermaksud individu yang tidak diketahui langsung jantinanya disebabkan tiada sebarang tanda yang boleh diklasifikasikan lelaki atau perempuan.
“Apabila hendak bersolat sebagai lelaki, misalnya saya hendaklah di belakang saf kanak-kanak lelaki, tapi ada ketika saya perlu mengisi saf kosong di depan dan masalah timbul apabila ada orang menjadi makmum saya.
“Jika saya hendak bersembahyang sebagai perempuan pula, saya mempunyai nafsu lelaki begitu juga penampilan dan bagaimana pula jika saya bersentuhan dengan mereka.
“Disebabkan itu, saya jarang ke masjid malah solat Jumaat dan hari raya pun sudah 10 tahun saya tidak pergi disebabkan celaru identiti,” katanya.
Bukan itu saja, katanya, masalah identiti itu turut menyebabkan hidupnya tertekan sehingga terdetik di hatinya berhijrah ke luar negara akibat tidak mampu berdepan dugaan masyarakat.
“Ada rakan sekerja apabila mengetahui status saya mereka memanggil saya kakak. Lebih menyedihkan, ada pihak tidak bertanggungjawab yang tahu identiti diri saya ambil kesempatan seperti meraba.
“Ada juga minta nombor kad pengenalan bagi tujuan menikam nombor ekor,” katanya yang sedih dengan tanggapan masyarakat terhadap dirinya yang dilahirkan Allah dengan ciri ‘istimewa’.
Azli berkata, masalah itu bukan pertama kali dilalui dan dia semakin buntu mengenangkan nasib serta masa depannya.
“Saya bertukar kerja hampir 10 kali. Setiap kali saya minta kerja, saya ceritakan masalah sebenar supaya majikan faham kerana dalam kad pengenalan, nama dan jantina saya wanita, tetapi beridentiti lelaki.
“Namun, rahsia yang saya minta simpan itu sedikit demi sedikit terbongkar sehingga saya ambil keputusan berhenti. Tidak semua boleh terima keadaan saya dan bukan saya minta jadi begini sehingga diperlakukan sedemikian,” katanya.
Azli mengakui dia memiliki dua alat kelamin iaitu lelaki dan wanita selain ada ciri kedua-dua jantina berkenaan seperti mempunyai ovari, tetapi tumbuh bulu di dada, kaki, misai serta janggut.
Meskipun begitu, katanya, dia lebih cenderung ke arah lelaki apabila memiliki nafsu seperti lelaki normal yang meminati wanita.
“Saya tiada nafsu terhadap lelaki sebaliknya lebih meminati wanita. Nafsu saya membuak-buak malah saya boleh melakukan hubungan kelamin dengan mereka kerana alat kelamin lelaki saya boleh berfungsi meskipun tiada buah zakar.
“Selain itu, saya juga tiada payu dara seperti wanita lain sebaliknya di dada ditumbuhi bulu begitu juga kaki, misai dan janggut,” katanya.
Azli berkata, sebelum ini dia pernah menjalin hubungan dengan lima wanita, malah pernah merancang berkahwin, namun disebabkan statusnya sebagai khunsa musykil, dia tidak dibenarkan berbuat demikian.
“Sepanjang berkawan dengan lima wanita, mereka tahu identiti dan status saya malah tidak kisah.
“Ada yang sanggup menanggung risiko berkahwin dengan saya termasuk melakukannya di luar negara, tapi apabila saya fikir kembali, pelbagai masalah akan timbul seperti perkahwinan tidak boleh didaftarkan di sini, niat itu terpaksa dilupakan,” katanya.
Azli berkata, lesen memandunya tercatat nama wanita dengan gambarnya yang bertudung tetapi dalam kad pengenalan, dia berambut pendek seperti lelaki.
“Ada orang kata saya tomboi apabila melihat wajah saya dalam kad pengenalan dan luar sedangkan nama saya wanita tetapi saya tak kisah kerana saya tahu diri saya yang sebenar,” katanya.
Menurutnya, dia hanya mengetahui memiliki dua alat kelamin ketika usia 15 tahun apabila tidak datang haid seperti wanita lain kerana ketika itu dia berpakaian dan beridentiti wanita.
“Apabila tidak datang haid, saya berjumpa doktor sebelum disahkan ada dua alat kelamin. Sebelum itu, diri saya wanita apabila keluarga minta saya berpakaian wanita.
“Apabila dapat tahu ada dua alat kelamin, saya masih seperti wanita dan ketika usia 21 tahun, saya nekad berubah menjadi lelaki disebabkan naluri saya,” katanya yang pernah ditentang keluarga disebabkan tindakannya itu.
Menurutnya, sejak usia 21 tahun, dia berusaha mendapatkan status diri sama ada lelaki atau perempuan namun belum menemui jawapan hingga kini.
“Pada 2003, saya ke pejabat Mufti Kedah meluahkan masalah dihadapi dan diminta menemui pakar sebelum menjalani beberapa pemeriksaan perubatan di Hospital Alor Setar dan Hospital Universiti (kini Pusat Perubatan Universiti Malaya).
“Berdasarkan ujian, saya disahkan ada dua alat kelamin, namun doktor beritahu ovari saya tidak normal.
“Selepas ujian itu, Jabatan Mufti Kedah mengeluarkan surat menyatakan status saya dan sejak itu saya buntu memikirkan status diri sedangkan saya ada nafsu lelaki.
“Justeru, saya meminta pihak berkuasa mengeluarkan panduan khusus kepada golongan seperti saya supaya saya boleh hidup seperti orang lain,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Penyelidik Jabatan Mufti Kedah, Faridah Ahmad ketika dihubungi mengesahkan pihaknya mengeluarkan laporan pengesahan status khunsa musykil kepada Azli.
Katanya, ketika itu Azli membuat permohonan mengesahkan jantinanya untuk berkahwin, namun pihaknya meminta dia melakukan pemeriksaan pakar perubatan.
“Pada masa itu, Mufti Kedah, Datuk Sheikh Hasbillah Abd Halim, pakar sakit puan, ahli Jawatankuasa Fatwa, pemohon serta ibu bapanya hadir.
“Berdasarkan ujian doktor, alat kelamin lelaki dan perempuannya tidak berfungsi sepenuhnya. Disebabkan itu, pejabat mufti mengambil keputusan tidak membenarkannya berkahwin atas alasan matlamat perkahwinan tidak tercapai seperti tidak boleh mendapat zuriat.
“Sebagai lelaki, dia tiada air mani manakala sebagai perempuan pula rahimnya tidak normal,” katanya.
source: http://www.hmetro.com.my/Thursday/BeritaUtama/20091119080245/Article