Monday, November 30, 2009

Suami bagai gila seks

Soalan: SAYA wanita berumur 27 tahun, sudah empat tahun berkahwin dan ada anak perempuan berumur tiga tahun. Saya dan suami berkahwin selepas tujuh tahun menyulam cinta. Dia suami yang baik dan penyayang. Bagaimanapun, ketika hamil hidup saya mula tertekan selepas dapat tahu suami gemar beronani. Apabila dia menonton filem Hindustan wanita menari dan pakai pakaian seksi, dia beronani sehingga klimaks. Dia ingat saya tidak tahu. Sebenarnya saya tahu tapi mendiamkan diri kerana tidak mahu dia malu. Namun, saya akhirnya hilang sabar apabila dia masih teruskan tabiat itu di belakang saya. Lama kelamaan perangai gila seks suami saya makin parah. Satu hari Allah sengaja nak tunjukkan pada saya. Suami sangka saya tidur ketika dia asyik menonton cerita Hindustan di televisyen. Saya lihat dia menyentuh kaca televisyen yang ketika itu menayang dada perempuan menari. Malah, dia juga menjilat dada perempuan dalam kaca televisyen itu. Hancur luluh hati melihat suami bersikap gila seks begitu. Ketika itu umur anak kami setahun. Saya menasihatinya cara baik, tapi dia hanya diam dan senyum. Di belakang saya, dia masih melakukan perbuatan memalukan itu. Ketika anak berumur dua tahun, saya ulangi nasihat kepadanya dan memberitahu perbuatannya berdosa, namun dia masih melakukannya. Kadangkala dia tidak melakukan hubungan kelamin bersama saya sehingga lebih sebulan, tetapi dia puaskan dirinya dengan onani dan berimaginasi mengenai wanita seksi yang ditontonnya dalam televisyen. Dang Setia, saya tidak sangka mendapat suami gila seks seperti ini. Pernah satu hari dia tinggalkan saya di rumah kawan pada waktu malam dan pulang ke rumah. Ketika itu adik perempuan saya tinggal dengan saya. Selepas itu adik saya beritahu, suami saya bersikap lain macam dengannya. Tidak mahu perkara buruk berlaku, saya terus hantar adik saya pulang ke kampung. Ini kerana saya pernah lihat cara suami memandang adik saya dari bawah ke atas penuh bernafsu. Dang Setia, ketika menulis surat ini, tangan saya menggigil dan hati saya hancur. Saya kini berubah menjadi pendiam, tapi suami tak pernah kisah. Saya bangun malam untuk menunaikan solat tahajud dan berdoa semoga dia berubah. Saya pernah bertanya adakah dia tidak puas bersama saya dan sebab itulah dia suka beronani, tapi dia buat tidak tahu. Kebelakangan ini dia suka merakam aksi perempuan tidak berbaju untuk disimpan dalam telefon bimbitnya. Mungkin mudah untuk dia beronani di luar rumah tanpa pengetahuan saya. Saya sudah letih dengan hal ini dan sangat tertekan. Saya masih menghormatinya sebagai suami. Saya sanggup bekerja biarpun sebagai kuli demi meringankan beban suami yang gaji tidak seberapa. Saya juga beritahu suami, jika ada perempuan lain yang dia suka, kahwinlah. Saya reda jika Allah takdirkan saya hidup bermadu. Namun, saya tidak mahu bercerai kerana tidak rela anak saya hilang kasih sayang ayahnya. Demi Allah, saya reda biar hati saya menderita asalkan anak bahagia. Saya tidak tahu apakah suami saya mampu berubah, cuma saya harap dia bertaubat sebelum sakaratul maut. Saya ubah rambut, jaga kesihatan dan berat badan. Saya sentiasa mencantikkan diri dengan alat solek dan melakukan diet senaman, tapi saya rasa seperti sia-sia. Dang Setia, tolonglah saya.


Jawapan: Apabila sampai ke tahap menjilat kaca televisyen yang memaparkan perempuan seksi dan lebih sebulan tidak meniduri isteri, sebaliknya nafsu dipuaskan dengan beronani, Dang Setia berpendapat suami puan termasuk dalam kategori berpenyakit atau orang sakit. Puan, orang sakit perlu dibawa berjumpa doktor pakar yang mampu mengubatnya. Mungkin, pakar sakit tuan seperti Dr Ismail Thambi paling sesuai untuk puan dan suami jumpa atau hubungi bagi mendapatkan nasihat. Atau mungkin juga suami puan boleh dirujuk kepada pakar psikologi kerana masalah dicetuskannya ada kaitan dengan masalah jiwa dan mental. Bagaimanapun, Dang Setia percaya besar kemungkinan suami puan keberatan berbuat demikian. Biasalah, orang yang sakit mental biasanya tidak mengaku mereka menghidap penyakit itu. Jika betul telahan Dang Setia, puan jangan kecewa, sebaliknya tidak salah jika puan pergi berjumpa pakar itu bersendirian kerana sekurang-kurangnya ada nasihat yang boleh puan gunakan untuk berdepan suami. Dang Setia bukan pakar dalam bidang ini, justeru Dang Setia minta maaf kerana tidak dapat banyak membantu puan. Lagipun Dang Setia bimbang, memberi nasihat salah pasti memburukkan lagi keadaan. Bagaimanapun, tidak salah rasanya untuk Dang Setia sekadar menasihatkan puan supaya tabah, banyak bersabar dan jangan berterusan menyimpan persepsi buruk terhadap suami. Dang Setia akui, masalah dicetuskannya memang mengecewakan puan sebagai isteri. Sudah lumrah, isteri manapun pasti berperasaan seperti puan jika suami mereka bersikap seperti suami puan. Cuma, puan perlu rasional dan tidak boleh terburu-buru. Sebab itu Dang Setia mahu puan melihat masalah suami sebagai satu penyakit. Dengan berpandangan begitu, sekurang-kurangnya puan faham dia perlukan bantuan dan rawatan. Dang Setia puji sikap puan yang masih melayan dan menghormatinya sebagai suami. Ya, begitulah seharusnya dan teruslah dengan tindakan terpuji itu sambil berusaha memastikan suami puan mendapat rawatan pakar. Dang Setia juga tidak mahu puan menganggap usaha puan mengubah gaya rambut, jaga berat badan dan mencantikkan sebagai sia-sia. Percayalah, jika itu tidak puan lakukan, masalah mungkin menjadi lebih rumit. Jangan lupa, isteri mencantikkan diri untuk kegembiraan suami adalah perkara yang digalakkan Islam. Melakukannya dengan ikhlas, insya-Allah puan mendapat pahala. Jadi, ia bukan perbuatan sia-sia. Akhir sekali, pada pandangan Dang Setia yang kurang arif dalam hal hubungan seksual dan masalah mental ini, masalah kurang komunikasi mungkin menjadi antara punca suami puan berperangai seperti gila seks dan bersikap dingin terhadap puan. Maksud Dang Setia, memang resam orang Melayu menganggap seks sebagai perkara sensitif dan tidak boleh dibual atau dibincangkan, biarpun antara suami isteri. Sedangkan antara keperluan untuk pasangan suami isteri mencapai kepuasan maksimum dalam melakukan hubungan seks ialah belaian dan perbualan romantik, selain berterus-terang mengenai ‘apa yang lebih dan apa yang kurang’. Nyata situasi itu tidak berlaku pada puan kerana bila puan bertanya suami adakah dia tidak puas melakukan hubungan seks dengan puan, dia hanya buat tidak tahu. Oleh itu, memandangkan suami puan agak pasif dan bersikap tertutup dalam membicarakan soal seks, puan perlu memainkan peranan lebih dominan untuk mengubah sikapnya dengan cara sering mengajaknya berbual mengenai hubungan seks anda berdua.


source: http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/DangSetia/20090726094626/Article/index_html

Wednesday, November 25, 2009

Anak cekup ibu khalwat

MELAKA: Tidak sanggup melihat insan disayangi terus bergelumang dosa, seorang anak membulatkan tekad menahan ibu kandungnya selepas mengetahui wanita terbabit berkhalwat dengan seorang lelaki di rumahnya di pinggir bandar ini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam, anak lelaki wanita terbabit yang berusia awal 20-an ke rumah sewa ibunya di bandar raya ini selepas mengesyaki ada lelaki datang ke rumah itu.

Difahamkan, selepas menunggu beberapa jam di luar rumah, teman lelaki ibunya masih tidak keluar menyebabkan anak wanita berkenaan curiga lalu menghubungi polis dan pegawai penguat kuasa agama di kawasan berkenaan supaya mengambil tindakan sewajarnya.

Bagaimanapun, tanpa diduga beberapa minit selepas laporan dibuat, lelaki terbabit keluar dari rumah dan menyedari dia mahu beredar, anak wanita itu bersama beberapa rakannya menahannya.

Selepas menunggu beberapa minit, pegawai syarak yang diiringi anggota polis tiba di rumah berkenaan dan dimaklumkan mengenai penahanan lelaki berusia 39 tahun itu.

Pemeriksaan dalam rumah berkenaan menemui seorang wanita berusia 40-an.

Berdasarkan soal siasat, wanita dan lelaki terbabit mengakui berkurung dalam rumah itu.

Berikutan itu, mereka ditahan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) untuk tindakan lanjut.

Harian Metro difahamkan, lelaki terbabit sudah berumah tangga manakala wanita itu kini dalam proses perceraian dengan suaminya.

Ketua Pegawai Penguat kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani ketika dihubungi mengesahkan penahanan pasangan terbabit.

Beliau berkata, siasatan awal terhadap rumah tempat pasangan terbabit ditahan ialah rumah sewa wanita berkenaan yang turut dikongsi bersama beberapa rakan lain.

“Ketika kejadian, wanita berkenaan yang juga pekerja industri hanya berseorangan di rumah, manakala rakannya keluar bekerja,” katanya di sini, semalam.

Rahimin berkata, pasangan terbabit ditahan mengikut Seksyen 53, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991, kerana bersekediaman dengan bukan muhrim.

“Sabit kesalahan mengikut seksyen berkenaan, pasangan terbabit boleh didenda RM3,000 atau penjara 24 bulan atau kedua-duanya,” katanya.


source: http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/Mutakhir/20091125074358/Article

Tuesday, November 24, 2009

Pengguna internet Pantai Timur gemar cari bahan seks


PETALING JAYA: Pengguna Internet di Kuantan dan Kota Baru paling suka mencari bahan-bahan berunsurkan seks berbanding bandar-bandar lain di negara ini, menurut data daripada sebuah enjin carian Internet.

Dua bandar ini berada di tangga teratas dalam senarai 10 bandar utama yang mencari perkataan-perkataan "bogel", "gambar bogel", "Melayu bogel", "seks Melayu" dan "cerita seks" di enjin carian terkenal Google.com.

Sementara Kota Baru hanya mengatasi Kuantan dalam carian perkataan "sex" (seks) atau "porn" (pornografi).

Sewaktu disemak oleh mStar Online hari ini, bandar ketiga yang paling suka mencari perkataan "bogel" ialah Alor Star, dan diikuti Kota Kinabalu, Batu Pahat, Johor Bahru dan Petaling Jaya.

Untuk carian perkataan "Melayu bogel", Batu Pahat menduduki tempat ketiga dan diikuti bandar-bandar Johor Bahru, Petaling Jaya, Klang dan Shah Alam.

Selain Kuantan dan Kota Baru, "gambar bogel" diminati di Alor Star, Kota Kinabalu, Batu Pahat, Johor Bahru dan Petaling Jaya.

Perkataan "seks Melayu" pula turut digemari di Klang, Batu Pahat, Johor Bahru, Petaling Jaya dan Ipoh.

Kuantan dan Kota Baru masing-masing menguasai tangga kedua dan keempat untuk carian perkataan "cerita seks", sementara kedudukan-kedudukan lain dikuasai boleh bandar-bandar utama di Indonesia kecuali Batu Pahat di tempat kesembilan.

Data ini dikumpul oleh Google Trends, salah satu daripada aplikasi syarikat Internet terkemuka Google.com. Bagaimanapun syarikat ini memaklumkan enjin pengesan trend masih di peringkat pembinaan.

Ahli psikologi Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr. Jas Laile Suzana Jaafar melihat perkembangan ini sebagai suatu yang "biasa", lebih-lebih lagi di Kelantan yang mengamalkan dasar lebih konservatif dalam hal-hal sensitif seperti seksualiti.

"Kalau remaja yang cari, itu biasa kerana pada peringkat inilah mereka akil baligh dan mereka perlu mencari maklumat mengenai seksualiti untuk memahami perubahan yang berlaku ke atas diri mereka," katanya kepada mStar Online hari ini.

"Kalau dia tanya ibu bapa atau kawan-kawan, berapa banyak sangat dia boleh dapat? Dalam konteks Kelantan pula, ibu bapa tidak mengambil pendekatan terbuka apabila membincangkan soal seksualiti dengan anak-anak."

Sikap ibu bapa, menurutnya, telah membudaya di kalangan masyarakat negara ini yang menganggap seks sebagai perkara terlarang.

Dr Jas Laile menjelaskan, kesulitan sebegini akan mendorong golongan remaja untuk mendapatkan maklumat daripada media-media lain seperti video atau Internet.

"Mereka mencari maklumat ini sebab ingin tahu, tambahan pula ada halangan budaya dan penguatkuasaan," katanya, sebagai ketua Jabatan Antropologi dan Sosiologi UM, yang kelihatan tidak terkejut apabila diajukan soalan sedemikian.

Tambahnya, ada pengkaji berpendapat pencarian bahan-bahan seks di Internet itu boleh disalahgunakan sehingga mendorong kesan "ketagihan" apabila pelayar siber menghabiskan lebih 40 jam sebulan.

Namun, beliau mempertikaikan keputusan data-data di Google Trends kerana ia tidak memberikan gambaran yang lebih jelas, seperti tidak menggambarkan kumpulan umur pengguna Internet.

"Kita tidak boleh buat kesimpulan mudah kerana kalau satu perkara dalam kajian ini salah, habis semua salah," tegas Dr Jas Laile.

Google Trends di laman rasminya mengakui maklumat yang digambarkan oleh aplikasi enjin carian popular ini bukanlah kayu pengukur paling tepat kerana ia hanya menganalisis sebahagian daripada perkataan-perkataan yang dicari di Google.com.

Seorang penulis buku perkembangan dunia teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) pula beranggapan kebanyakan pengguna Internet yang mencari kandungan bahan-bahan berunsur seks adalah pengguna baru.

Oon Yeoh berkata, pengguna baru cuba memastikan sejauh mana ruang siber boleh memberikan mereka bahan-bahan ini, berbeza dengan media-media jenis lain.

"Golongan ini sejak sekian lama mendapat maklumat yang telah ditapis melalui TV atau majalah. Bagi mereka, Internet adalah media yang baru dan mereka akan cuba menggunakannya dengan memasukkan kata kunci sebegini," katanya, yang pernah bertugas sebagai wartawan.

"Di kawasan bandar, masyarakatnya telah lama terdedah dengan Internet dan kandungan seperti ini tidak lagi mengasyikkan mereka. Kebanyakan mereka telah mula menggunakan Internet untuk perkara-perkara yang lebih berfaedah."


source: http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2006/12/8/TERKINI/Mutakhir/Pengguna_internet_Pantai_Timur_gemar_cari_bahan_seks&sec=mstar_berita

Amah jadi GRO

KUALA LUMPUR: Kesempatan cuti hujung minggu yang diberikan majikan digunakan 14 pembantu rumah warga Filipina untuk menjadi pelayan pelanggan (GRO) merangkap pelacur secara sambilan terutama di kalangan pelancong asing dan lelaki ‘hidung belang’ bagi mencari pendapatan lebih.

Difahamkan, mereka mampu meraih pendapatan antara RM500 hingga RM1,000 semalam hanya menemani pelanggan, termasuk pelancong asing yang bercuti ke negara ini yang ingin berhibur dan mendapatkan khidmat seks.

Bagaimanapun, kegiatan mereka ini terbongkar apabila sepasukan 50 pegawai dan anggota Jabatan Imigresen Putrajaya menyerbu sebuah pusat hiburan di jalan Raja Chulan, malam kelmarin.

Dalam operasi bermula kira-kira jam 7.30 malam itu, seramai 14 wanita Filipina berusia 30 hingga 40-an yang bekerja sebagai pembantu rumah ditahan termasuk seorang daripada mereka mendakwa bekerja di rumah seorang orang kenamaan (VIP) ditahan kerana menyalahgunakan pas kerja mereka dengan menjadi GRO.

Timbalan Penolong Pengarah (Penguatkuasaan) Jabatan Imigresen Putrajaya, Nik Shahanizam Ahmad, berkata operasi dilakukan berdasarkan risikan hampir sebulan terhadap premis berkenaan selain maklumat awam.

“Pusat hiburan berkenaan dipercayai menjadi antara lokasi kegemaran pembantu rumah warga Filipina berkumpul dan menggunakan pelepasan cuti hujung minggu oleh majikan mereka untuk mencari pendapatan tambahan sebagai GRO.

“Hasil pemeriksaan, kebanyakan wanita ini memasuki negara ini secara sah, malah masing-masing mempunyai permit kerja sebagai pembantu rumah yang sah, namun didapati menyalah gunakan permit sedia ada dengan menjadi GRO,” katanya.

Malah, ketika pemeriksaan, suasana kecoh seketika apabila seorang daripada GRO yang layak dipanggil ‘nenek’ kerana berusia bertindak kasar dan cuba menyerang pegawai penguat kuasa bertugas.

Bagaimanapun, keadaan kembali reda selepas ditenangkan pegawai bertugas dan wanita terbabit terpaksa digari bagi mengelak kembali bertindak agresif.

“Biasanya, pembantu rumah ini akan memberitahu majikan mahu keluar makan atau berhibur bersama rakan mereka. Padahal, majikan tidak mengetahui mereka sebenarnya bekerja separuh masa sebagai GRO, hanya pada malam minggu untuk mencari pendapatan tambahan.

“Selalunya mereka akan berkumpul di kelab malam sekitar Bukit Bintang kerana kawasan itu menjadi tumpuan pelancong atau warga asing yang bekerja di negara ini untuk berhibur pada malam minggu dan mereka ini sanggup berbelanja besar bagi mendapatkan teman sosial atau GRO,” katanya.

Katanya, semua yang ditahan dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Putrajaya untuk siasatan lanjut dan akan didakwa mengikut Seksyen 51 (5) (B) Akta Imigresen 1959/63 kerana menyalahgunakan permit kerja dikeluarkan dan tinggal melebihi tempoh dibenarkan di negara ini.


source: http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Tuesday/Setempat/20091124082013/Article/index_html

Sunday, November 22, 2009

Jual gadis liar

KUALA LUMPUR: Tingkatan dua hisap ganja, tingkatan tiga pula hisap syabu dan telan pil khayal. Kemuncaknya, selepas melangkah ke tingkatan empat dan lima, perangai liarnya sampai ke tahap berani menjual orang.

Lebih mengejutkan, fasa kehidupan songsang itu bukan dilalui remaja lelaki, tetapi remaja perempuan yang hanya mahu dikenali sebagai Tasha.

Pada usia baru 17 tahun, dia mengecap hidup mewah dan bergaya ala selebriti hasil wang aktiviti memperdagangkan manusia.

Tasha yang baru beberapa bulan meninggalkan perbuatan itu berkata, kesanggupannya berbuat demikian berpunca daripada ketagihan syabu.

Katanya, kerana ketagih syabu dia sanggup berhutang hinggalah hutang ditanggungnya mencecah ribuan ringgit.

“Tanpa saya sedar, selepas lebih setahun menghisap syabu, hutang saya mencecah RM4,000. Ketika itu tidak sukar untuk saya mendapatkan barang itu kerana rakan baik saya adalah teman wanita ‘pusher’ yang membekalkan dadah itu dan saya boleh ambil barang secara hutang.

“Kadangkala saya jual juga tetapi wang hasil jualan itu tidak diserahkan kepada pembekalnya, menyebabkan hutang saya semakin bertambah,” katanya ketika ditemui wartawan Metro Ahad di sebuah lokasi yang dirahsiakan, baru-baru ini.

Selepas satu tempoh, Tasha berkata, pengedar terbabit memintanya melunaskan semua hutang dan jika dia gagal, perkara buruk akan berlaku ke atasnya.

“Manalah saya ada wang sebanyak itu dan selepas berbincang saya diberi pilihan untuk melakukan satu tugas bagi melunaskan hutang berkenaan.

“Tugas itu ialah mencari dan memperdaya wanita untuk dijual kepada pengedar terbabit. Saya setuju kerana bimbang berlaku perkara tidak diingini jika menolak permintaan itu,” katanya.

Menurutnya, sebelum melakukan tugasan, dia diajar bagaimana memilih wanita yang mudah didekati dan diperdaya.

Dia diajar supaya mendekati wanita yang gemar berpeleseran dan liar kerana mereka diyakini mudah didekati.

“Saya disuruh mengumpan mereka dengan benda yang mereka suka seperti berhibur di kelab, arak dan dadah,” katanya.

Tasha berkata, berbekalkan panduan diberi, dia melaksanakan tugas pertamanya di sebuah pusat beli-belah dan berjaya melakukannya.

“Saya dekati seorang remaja wanita berusia 18 tahun yang dalam keadaan mabuk. Saya ajak dia berborak dan bercerita kepadanya bahawa saya juga ‘satu kepala’ dengannya.

“Saya beritahu dia, jika ikut saya, saya boleh belanja minum arak dan berhibur. Saya turut berjanji beri dadah dan dia mempercayai saya,” katanya.

Remaja terbabit dibawa ke sebuah hotel murah kononnya untuk berehat dan menikmati arak.

“Ketika melakukan kerja itu, saya ditemani ‘pusher’ yang memerhatikan saya dari jauh. Apabila mendapat mangsa, saya bawa wanita terbabit menggunakan kereta dipandu ‘pusher’ itu.

“Di hotel tempat persinggahan itulah saya meninggalkan wanita terbabit dengan berpura-pura untuk keluar sebentar. Selepas saya keluar, ‘pusher’ itu masuk dan saya tidak tahu apa berlaku seterusnya kerana yang penting saya sudah melaksanakan tugas diberi,” katanya.

Selepas menjual wanita itu, hutangnya langsai dan dia turut diberi wang RM500.

“Saya tidak tahu apa berlaku kepada wanita itu, tetapi difahamkan dia dihantar kepada bos ‘pusher’ terbabit. Barangkali dijadikan pelacur atau disuruh menjual dadah,” katanya.

Menurut Tasha, walaupun sudah menyelesaikan hutangnya, dia terus melakukan kerja terkutuk itu kerana dijanjikan pulangan lumayan.

Untuk kali kedua, dia pilih wanita bermasalah yang dikenali menerusi rakan lain.

“Sekurang-kurangnya tiga wanita berusia 20-an dijual selepas saya memilih mereka,” katanya.

Tasha berkata, ‘kejayaannya’ menjual tiga wanita itu membolehkan dia mengumpul wang sehingga RM6,000 dalam tempoh singkat.

“Memang saya seronok sangat ketika itu. ‘Pusher’ memberi saya RM2,000 untuk setiap wanita yang saya jual, walaupun saya tahu nilai wanita terbabit lebih daripada itu.

“Pada masa sama saya peroleh bekalan syabu secara percuma. Saya langsung tak terfikir mengenai nasib wanita yang saya aniaya kerana terlalu seronok,” katanya.

Pada pertengahan tahun ini abangnya mengetahui segala perbuatan jahat yang dilakukannya menerusi rakan.

“Abang mengawal ketat pergerakan saya dan setiap masa menasihati saya supaya berubah, apatah lagi dalam suasana peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semakin hampir.

“Selepas berjauhan daripada rakan, saya sedar sampai bila saya harus begini. Saya cuba sedikit demi sedikit untuk mengawal diri,” katanya.

Tasha berkata, sudah lebih dua bulan dia tidak bertemu rakannya dan kini menumpukan perhatian sepenuhnya kepada SPM.

“Saya akui saya jadi begini kerana pengaruh rakan. Hisap syabu, jual orang dan beberapa kali terlanjur dengan teman lelaki.

“Paling saya kasihan ialah ayah dan ibu kerana mereka bukannya tidak mendidik saya dengan ilmu agama. Mereka boleh dikatakan warak juga, tetapi kerana tersalah memilih rakan, saya rosak,” katanya menyesal.


source: http://www.hmetro.com.my/Sunday/BeritaUtama/20091122001406/Article

Saturday, November 21, 2009

Usah minta ‘bukan-bukan’

SEKS oral membabitkan rangsangan seksual yang dialami lelaki atau wanita apabila anggota kelamin dirangsang dengan mulut atau lidah.

Dalam pandangan Islam, seks oral boleh dilakukan dan sesetengah ulama menyatakan tertelan air mani suami adalah makruh. Ada juga yang berpendapat ia tidak melanggar batasan aktiviti berjimak yang diharuskan dalam Islam.

Jadi, terpulang kepada anda dan pasangan untuk menimbangnya kerana paling mustahak, anda berdua tahu bahawa seks dalam perkahwinan adalah ibadah.

Suami perlu lakukan sedekah iaitu bertimbang rasa ketika hubungan intim dengan pasangan dan bukan sekadar melepaskan perasaan dan nafsu syahwat atau meminta yang bukan-bukan daripada isteri.

Jadi meminta atau menekan isteri untuk membuat sesuatu yang tidak disukainya membuatkan ‘ibadah’ suami dan sedekah suami menjadi sia-sia.

Suami perlu beri isteri masa untuk dia menunaikan perkara yang janggal untuknya dan jika dia tidak dapat lakukan kerana tidak selesa, tidak perlu lakukannya kerana banyak cara lain yang boleh memberi keseronokan kepada kedua-dua pihak.

Jika mahu mencuba cara sebegitu, anda berdua digalakkan ada dalam keadaan bersih dan suci sebelum melakukan hubungan seksual.

Nasihat untuk suami, jangan keterlaluan meminta yang bukan-bukan daripada isteri. Tuhan sudah ‘buat’ anggota kelamin untuk tujuan itu dan mungkin itu yang sepatutnya dilakukan!


source: http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/SakitTuan/20090622085038/Article/index_html

Mengantuk selepas bersama

Soalan: SAYA selalu ‘bersama’ isteri tetapi kadangkala saya cepat klimaks dan selepas itu saya terus mengantuk dan tertidur, sedangkan ada masanya isteri mahu lakukan seks untuk ‘pusingan kedua’. Masalahnya saya terlalu mengantuk, namun kemaluan saya masih mampu tegang jika dirangsang oleh isteri. Saya ingin tahu daripada doktor apa masalahnya dan bagaimana cara mengatasinya?


Jawapan: Kajian menunjukkan lebih banyak lelaki mengantuk dan terus tidur selepas klimaks dan selesai hubungan seks berbanding wanita. Ia bukan fenomena luar biasa untuk anda kerana lelaki biasanya memainkan peranan dominan dan banyak melakukan pergerakan. Ini secara langsung boleh membuatkan mereka cepat berasa letih selepas klimaks. Ia juga disebabkan pengeluaran kimia biologik dikenali sebagai beta-endorfin, oxitocin dan prolactin selain kimia hasil tindak balas urat saraf membuatkan lelaki itu mudah terlena selepas klimaks. Wanita pula tidak selalu klimaks dan mereka lebih seronok berborak selepas pasangannya selesai ejakulasi dan ada masanya mereka mahukan ‘pusingan kedua’. Jika pasangan tidak berdaya, mereka yang tahu sangat kelemahan pasangan harus menerimanya dengan terbuka. Ada beberapa perkara anda boleh cuba buat jika mahu lakukan hubungan intim sepanjang malam dengan pasangan. Jangan tunggu lewat malam untuk melakukan hubungan intim itu kerana lebih lewat anda bersama, ia lebih mudah menyebabkan anda mengantuk selepas selesai seks. Mungkin kurangkan makan sebelum seks kerana jika lapar tidak mudah mengantuk dan sebelum memulakan ‘pusingan kedua’, anda boleh ambil makanan ringan dan aktifkan kembali proses keintiman bersama isteri. Minum kopi juga dapat aktifkan minda dan menghalang perasaan mengantuk. Selepas itu, anda boleh panjangkan keintiman dengan pasangan mengikut kehendak pasangan.


source: http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/SakitTuan/20090622084925/Article/index_html